Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman Md Yunus Ramli meninggal dunia kira-kira 3.30 pagi ini di Hospital Rompin, Pahang. Foto Bernama.

Calon PN DUN Tioman meninggal dunia

ByBernama

Perkara itu disahkan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud kepada Bernama.

Md Yunus, 61, daripada PAS yang sebelum ini pernah bertanding di kerusi sama pada PRU14 merupakan Ketua PAS Cawangan Sungai Puteri dan Pengarah 2 Jawatankuasa Pilihan Raya Kecil DUN Tioman.

Beliau juga merupakan bekas Timbalan Presiden Bola Sepak Daerah Rompin.

Hari ini adalah hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagi PRU15, DUN Tioman menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Md Yunus, Sulaiman Bakar (Bebas), Osman A. Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (Pakatan Harapan) dan Datuk Seri Mohd Johari Hussain (Barisan Nasional). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan