Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRU-15: Banjir di Long Bemang dan Limbang tidak jejaskan proses mengundi

KUCHING, 19 Nov: Keadaan banjir di Long Bemang dan beberapa kawasan di Limbang yang terjejas dengan banjir tidak menjejaskan proses mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, Datu Khidruddin Drahman berkata, hasil tinjauan yang dilakukan oleh pasukan Bomba yang berada di lokasi melaporkan keadaan proses pengundian adalah terkawal dengan trend air menunjukkan penurunan.

“Banjir di Long bemang dan Limbang tidak menganggu proses pengundian dan dalam keadaan terkawal, kami berharap agar pengundi turun mengikut masa yang ditetapkan untuk mengelak pekara yang tidak diingini berlaku.

“Seperti yang kita tahu, MetMalaysia telah menjangkakan bahawa hujan dan ribut petir akan berlaku di beberapa kawasan.” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Tambahnya lagi, walaupun paras air menunjukkan trend penurunan, beliau mengingatkan penduduk yang berada di kawasan yang mudah banjir mengamalkan sikap berhati-hati.

“Paras air di Long Bemang buat masa ini berada sedalam 1.10 kaki manakala di Limbang yang melibatkan kawasan SK Telahak naik dua kaki dan SK Meritam naik tiga kaki, tetapi proses pengundi berjalan dengan lancar, namun semua penduduk yang berdekatan berhati-hati.” tambahnya.

Untuk rekod, Kampung Long Bemang mula dilanda banjir sejak awal pagi 15 November lalu sehingga menyebabkan 530 orang penduduk terjejas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan