Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa banjir, Zumadi Ali, 69, (dua, kanan) bersama isteri Kamsiah Othman, 63, serta dua anaknya Mohd Zamri Zumadi, 32, (kanan) dan Mohd Zarit Ikmal Zumadi, 24, (kiri) menunjukkan celupan dakwat selepas mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di Pusat Mengundi SK Pasangan, Kampung Kuantan bagi Parlimen P096 Kuala Selangor hari ini.Foto Bernama.

58 peratus keluar mengundi setakat 2 petang

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Statistik terkini peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) setakat pukul 2 petang tadi mencapai 58 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berdasarkan peratusan berkenaan, dianggarkan seramai lebih 12.1 juta pengundi telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih 221 Ahli Parlimen di seluruh negara.

Pada pukul 1 petang tadi, peratusan keluar mengundi yang dicatatkan ialah pada kadar 50 peratus.

Daftar pemilih SPR sebelum ini menunjukkan seramai 20 905 366 pengundi biasa akan memilih 222 Ahli Parlimen di seluruh negara hari ini.

Bagaimanapun pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan pada 7 Disember depan selepas calon Pakatan Harapan (PH) kerusi itu, M. Karupaiya meninggal dunia pada Rabu lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan