Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri. Foto: TVS

PRU-15: Tiada lagi kempen dan ceramah pilihan raya selepas jam 11.59 malam ini

KUCHING, 18 Nov: Semua parti politk yang bertanding di Sarawak diingatkan supaya tidak berkempen atau mengadakan ceramah selepas jam 11.59 malam ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, calon-calon dan parti-parti bertanding dinasihatkan sentiasa mematuhi undang-undang dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sedang dikuatkuasakan.

“Hari terakhir berkempen bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan tamat pada jam 11.59 malam ini, hari mengundi akan diadakan esok hari,“ katanya dalam kenyataaan hari ini.

Menjelas lanjut, katanya, pihak polis bersedia sepenuhnya dengan menggerakkan seramai 7,701 pegawai dan anggota untuk penugasan pada hari mengundi esok.

“Ini bagi memastikan proses pembuangan undi berjalan lancar dan selamat tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang cuba menganggu-gugat ketnteraman awam di negeri ini,“ katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang keluar mengundi juga dinasihatkan supaya datang awal ke Pusat Mengundi dan berhati-hati ketika memandu bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.

“Kita memberi jaminan akan memastikan keselamatan dan proses pembuangan undi berjalan lancar, selamat dan terkawal,“ katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan