Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai-pegawai SPR di Parlimen Bintulu giat menjalankan proses pemeriksaan untuk dihantar ke pusat-pusat mengundi. Foto: Siaw Yan (TVS)

PRU-15: SPR siap sedia peralatan undi di Bintulu

ByXiaoyuann

BINTULU, 18 Nov: Pegawai – pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Parlimen Bintulu giat menjalankan proses pemeriksaan ke semua peralatan mengundi , seperti peti undi untuk dihantar ke semua tempat mengundi, iaitu 62 tempat mengundi dan 217 saluran mengundi bagi Parlimen Bintulu.

Menurut Sumber, sepasukan Pegawai SPR bergegas ke tempat mengundi pedalaman dengan helikopter untuk menjalankn persiapan tempat mengundi.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya  Parlimen Bintulu, Muhammad Dino Amid, pada hari pembuangan undi esok, terdapat beberapa tempat mengundi pedalaman yang mempunyai kurang daripada 500 orang pengundi akan tamat proses pengundian jam 2 petang, dan selepas pengiraan undi pusingan pertama selesai, Pegawai SPR akan menghantar peti undi dengan helikopter ke pusat pengiraan undi yang terletak di Dewan Suarah Bintulu.

Pegawai-pegawai SPR di Parlimen Bintulu giat menjalankan proses pemeriksaan untuk dihantar ke pusat-pusat mengundi. Foto: Siaw Yan (TVS)

Bagi Parlimen Bintulu, peti undi pertama yang dihantar adalah ke tempat mengundi kawasan Sebauh.

Hari ini  pasukan dari setiap tempat mengundi akan bertolak ke tempat mengundi masing-masing .

Dino juga menyeru kepada pengundi pengundi yang layak menunaikan tanggungjawab mereka, semua pengundi boleh mengikut masa yang dicadangkan oleh pihak SPR, masa yang paling sesuai untuk keluar mengundi.

Pada pilihan raya umum kali ini, tempat mengundi dibahagikan mengikut kawasan DUN, dan setiap tempat mengundi dilengkapi dengan anggota polis sebagai pengiring.

Kakitangan bagi 62 tempat mengundi ditambah dengan pegawai polis menjadikan jumlah keseluruhan 1,700 orang.

Mengikut data pilihan raya yang terkini , jumlah pengundi berdaftar secara sah di Parlimen Bintulu yang berusia 18 tahun ke atas ialah 113,599, jumlah pengundi telah meningkat berbanding dengan jumlah pengundi 65046 orang pada 2018.

Pembahagian pusat mengundi mengikut kawasan DUN juga memudahkan perancangan pilihan raya dan pembahagian anggota petugas.

Terdapat 12 tempat mengundi di kawasan Tanjung Batu dan Samalaju , dan 14 tempat mengundi di kawaaan Jepak , kawasan Kemena sebanyak 24 tempat mengundi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan