Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Chairman GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

PRU-15: Rakyat sentiasa di hati kerajaan GPS

KUCHING, 18 Nov: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata rakyat sentiasa di hati kerajaan GPS. 

Menurutnya, kerajaan GPS akan terus prihatin dan mengambil berat nasib golongan B40, M40, golongan muda, pelajar, pekerja, peniaga, warga emas, OKU, penjawat awam, malah seisi keluarga dan seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama. 

“lni aku janji dan komitmen kami,” katanya menerusi Surat Rayuan Kepada Pengundi Sarawak, menjelang sehari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada Sabtu (19 November).

Esok merupakan hari bagi para pengundi untuk membuat pilihan penting, katanya sambil menambah masa depan Sarawak yang lebih cerah dan gemilang di tangan semua. 

Untuk menjamin kehidupan dan masa depan rakyat serta generasi akan datang yang lebih baik, beliau menyeru agar para pengundi memilih GPS. Undi untuk GPS ialah undi untuk Sarawak yang stabil, maju dan makmur, katanya.

“Hanya kemenangan besar GPS dapat menjamin suara kita kuat di Parlimen untuk terus menyalakan obor perjuangan bagi menuntut dan mempertahankan hak Sarawak. 

“GPS ikhlas dan komited dalam perjuangannya, serta memahami aspirasi dan kehendak rakyat Sarawak,” ujarnya.

Berita berkaitan

PRU-15: Manifesto GPS menjamin Sarawak stabil, maju dan makmur

Manifesto: GPS berjaya tuntut 13 perkara hak Sarawak

Mengenai mengapa para pengundi 31 kerusi Parlimen di Sarawak perlu memilih GPS, beliau menjelaskan kerajaan GPS berjaya melaksanakan 120 dasar dan inisiatif termasuk bantuan meringankan beban rakyat ketika COVID-19 melanda. 

Keutamaan GPS adalah mengatasi krisis terbesar itu dan menyelamatkan semua dari segi kesihatan, ekonomi dan pekerjaan. 

“GPS mempunyai rekod cemerlang dan telah membuktikan keupayaannya memimpin,” tegasnya.

Abang Johari yang juga Premier Sarawak turut mengimbau zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) di peringkat Persekutuan selepas PRU-14 pada 2018.

“Masihkah anda ingat sikap tidak adil Kerajaan PH kepada Sarawak ketika memerintah 22 bulan? PH tidak pedulikan nasib dan masa depan kita. 

“PH membatalkan banyak projek untuk kesejahteraan kita semua. Banyak janji PH gagaI ditunaikan. Jadi, ingatlah pesan orang tua-tua.

“Jangan pisang berbuah dua kali dan jangan sampai nasi menjadi bubur,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan