Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Willie Mongin (tengah) dan Datuk Dr Jerip Susil (tengah) melaungkan slogan " hidup GPS" pada program acara ‘Flag Off' Konvoi Belia Dewan Undangan Negeri Mambong di Siburan, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir.

PRU-15: Esok keluar mengundi awal, elak cuaca buruk

KUCHING, 18 Nov: Pengundi di negeri ini dinasihatkan untuk keluar mengundi awal esok bagi mengelakkan cuaca hujan dan ribut petir yang diramalkan akan berlaku di beberapa kawasan termasuk di Puncak Borneo pada sebelah petang.

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin berkata, pemilih bakal terlepas peluang membuang undi pada pilihan raya kali ini sekiranya mereka mengambil keputusan untuk turun pada saat-saat akhir.

Menyedari perkara itu, beliau memaklumkan, pihaknya dan agensi berkaitan telah melakukan persiapan bagi memastikan pengundi di kawasan Puncak Borneo dapat menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.

“Kita telah merancang gerak kerja ini dan kita bersedia sekiranya berlaku banjir, jentera kita akan pergi ke tempat tersebut untuk membawa pengundi-pengundi ini keluar untuk mengundi, “ katanya ketika ditemui pemberita pada acara ‘Flag Off’ Konvoi Belia Dewan Undangan Negeri Mambong di Padang Tar, Dewan Manggeng, Kampung Sungai Duuh, Siburan, hari ini.

Dalam pada  itu, berbaki sehari sebelum hari pengundian, beliau mengingatkan calon-calon yang mewakili GPS pada pilihan raya kali ini untuk tidak berasa terlalu selesa dan mudah percaya dengan tinjauan beberapa agensi bebas yang menunjukkan gabungan itu berpotensi meraih kemenangan besar.

Katanya, semua calon diseru untuk terus bekerja keras hingga tempoh berkempen tamat pada jam 12.00 tengah malam ini.

“Kita hormati analisa-analisa yang diketengahkan. Memang momentum itu ada tetapi jangan kita rasa selesa. Pada masa yang sama kita harus berjuang habis-habisan untuk mendapatkan kemenangan, “ ujarnya.

Terdahulu, pada 11 November lalu, sebuah badan kaji selidik pendapat awam, Merdeka Centre, melaporkan GPS akan memenangi 26 daripada 31 kerusi yang ditandingi mereka.

Badan tersebut turut menyatakan, tiada mana-mana parti mahupun gabungan yang akan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Untuk rekod, Parlimen Puncak Borneo mempunyai 79,969 pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Turut hadir Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan