- 1. Hub minyak dan gas dengan tapak bekalan terbaik di Malaysia dengan pelabuhan semulajadi yang terdalam dalam negara.
- 2. Memiliki “shipyard” terbesar di Asia.
- 3. Majoriti masyarakat di Labuan merupakan Melayu berketurunan Kedayan Brunei menganut agama Islam dan bertutur bahasa melayu dialek Kedayan Brunei.
- 4. Mempunyai status pulau bebas cukai sejak 1956.
- 5. Labuan merupakan tempat memproses dan penjual minyak mentah terbesar di Malaysia dan memiliki kilang methanol ke-4 terbesar di dunia.
- 6. Pada tahun 1984, Labuan telah dipindahkan dari Sabah dan dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan.
- 7. Penyumbang utama kepada ekonomi Labuan merupakan sektor kewangan dan industri minyak dan gas.
- 8. Menara Jam Labuan merupakan sumbangan daripada seorang peniaga terkemuka iaitu Chan Swee Cheng pada tahun 1906.