- 1. Johor di beri julukan ‘The Jewel of Malaysia’ kerana keindahan yang dimiliki oleh bumi Johor.

- 2. Hospital Sultanah Aminah merupakan hospital yang unik kerana ia satu-satunya hospital berwarna merah di Malaysia

- 3. Pereka Bendera Jalur Gemilang, Encik Mohamad Bin Hamzah merupakan anak kelahiran Johor.
- 4. Laksa Johor dimakan bersama spaghetti berbanding versi laksa negeri yang lain.
- 5. Johor merupakan negeri pertama yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan melalui Undang-undang Tubuh Negeri Johor yang dimasyhurkan oleh Sultan Abu Bakar.

- 6. Mempunyai stadium tercantik di Asia Tenggara yang dinamakan Stadium Sultan Ibrahim.
- 7. Asalnya Johor menggunakan ejaan Johore dengan menambah ‘e’ di hujung kerana ia adalah ejaan rasmi mengikut Johore Government Gazette.
- 8. UMNO dirasmikan pada 11 Mei 1946 di Johor Bahru. Pengasas dan Presiden UMNO yang pertama ialah Dato’ Onn Jaafar.
- 9. Johor merupakan titik yang paling hujung di benua asia.
- 10. Cattle Queen Ruminant Park telah berjaya menempah nama di dalam Malaysia Book of Records sebagai taman ruminan yang pertama dibina di Malaysia.
- 11.Taman Organik Zenxin merupakan ladang organik pertama di Malaysia yang dibuka kepada orang awam dan menggabungkan elemen pembelajaran serta rekreasi kepada pengunjung.