Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Apresiasi UNIFOR di Kuching, hari ini. Foto: Zaid

Tenaga hijau Sarawak bantu dunia hadapi isu perubahan iklim – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 17 Nov: Penerokaan tenaga hijau di Sarawak merupakan antara inisiatif kerajaan dalam menangani isu perubahan iklim dunia.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah sedemikian diambil bagi mempersiapkan Sarawak dengan cabaran perubahan iklim yang membimbangkan.

“Dunia hari ini berhadapan dengan cabaran yang besar kerana keadaan alam sekitar kini sudah mula terjejas.

“Sikap tamak manusia menyebabkan keseimbangan bumi terjejas. Antaranya, terlalu banyak karbon dan juga kita menyaksikan bencana semula jadi terjadi seperti banjir di Amerika Syarikat, China, dan Australia dan glasier mula mencair serta paras air meningkat dan sesetengah pulau mulai tenggelam.

“Sebab itu kita mencari jalan untuk membantu menyejukkan dunia melalui pengeluaran tenaga hijau iaitu tenaga yang tidak memanaskan, “ katanya berucap pada Majlis Apresiasi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) Bahagian Kuching di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut), Dato Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan I (Penerbangan dan Jalan Raya), Datuk Dr. Jerip Susil.

Menurutnya lagi, dasar ekonomi Sarawak itu merupakan antara komponen dalam Strategi Pasca Covid 19 (PCDS) 2030 yang bersandarkan kepada penggunaan ilmu baharu dan terkini. 

Antara tenaga hijau yang mula diteroka Sarawak ialah hidrogen.

Hidrogen merupakan sumber bahan bakar baharu dalam usaha ke arah transisi tenaga daripada bahan bakar berkarbon kepada bahan bakar bebas karbon sebagai mendokong usaha dunia mengatasi perubahan iklim dunia.

Hidrogen berpotensi besar untuk berkembang di Sarawak atas faktor alam sekitar yang sesuai, kata Abang Johari menerusi program Bicara Hati Rakyat Bersama Premier Abang Jo terbitan TVS baru-baru ini.

Selain hidrogen, beliau menekankan tentang betapa perlu Sarawak meneroka pelbagai sumber tenaga hijau seperti alga bagi menghasilkan biofuel mesra alam.

Selain tenaga dari alga, beliau turut menggariskan potensi Sarawak menceburi tenaga solar dengan memanfaatkan tasik empangan untuk membina panel solar terapung. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan