Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berucap pada majlis perasmian Pelan Tindakan SE*Hebat Sarawak di Lawas pada Rabu. Foto: Suara Sarawak.

SE*Hebat berperanan memastikan perusahaan sosial di Sarawak berkembang

ByOdleen Catherny

LAWAS, 17 Nov: Rangka Tindakan SE*Hebat Sarawak akan memastikan ekosistem perusahaan sosial di negeri ini berkembang maju, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurutnya, inisiatif itu akan memacu pembangunan inovasi dan kepelbagaian modal keusahawanan di Sarawak, khusus untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terutama perusahaan sosial.

Beliau menegaskan bahawa keusahawanan sosial (SE) kini semakin mendapat perhatian di Malaysia dan di peringkat global.

“Untuk memastikan bentuk perniagaan berinovasi diintegrasikan dalam kalangan usahawan Sarawak, kementerian saya dan juga Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) telah bekerjasama dalam pelbagai aspek seperti penganjuran program,” katanya berucap merasmikan Pelan Tindakan SE*Hebat Sarawak di sini pada Rabu.

Antara program yang pernah dianjurkan bersama ialah SME Digitise, Go Digital, dan Hi-Tech Transformation Programme (HTTPS).

Rangka Tindakan SE*Hebat Sarawak ialah rujukan bagi individu, komuniti atau agensi yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan sosial.

Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan menegaskan kepentingan rangka tindakan itu untuk PKS yang kekal berdaya tahan semasa pandemik Covid-19 melalui kreativiti dan idea inovatif.

Malah ia selari dengan dasar ekonomi baharu Sarawak menerusi agenda ekonomi digital yang diperkenalkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya lagi, PKS mesti berkembang bukan hanya untuk memperoleh keuntungan semata-mata tetapi dalam masa sama berusaha memberi impak positif kepada masyarakat setempat.

“Keseimbangan ini boleh dicapai dengan mengadaptasikan modal perusahaan sosial,” ujarnya.

Beliau memberi jaminan kerajaan negeri akan terus memastikan dan memangkin pembangunan perusahaan sosial.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SDEC, Sudarnoto Osman berkata pelan tindakan tersebut menggariskan empat bidang cadangan utama iaitu dasar dan peraturan, penyelesaian pembiayaan, infrastruktur dan modal insan dan maklumat informasi dan rangkaian.

“Setiap bidang ini dikembangkan lagi kepada strategi utama yang dibahagikan kepada jangka pendek, sederhana dan panjang.

“Kami berharap melalui Pelan Tindakan SE*Hebat Sarawak ini, kita mampu mencapai kematangan ekosistem Sarawak digital dari segi sektor keusahawanan sosial dan seterusnya menjadi ekosistem yang menyokong dan memudahkan pembangunan sektor ini,” katanya.

Katanya, terdapat banyak ruang untuk pertumbuhan kerana Sarawak membentuk tujuh peratus daripada perusahaan sosial di Malaysia dan kebanyakan perniagaan tradisional cenderung ke arah menghasilkan impak dan bukannya hanya berorientasikan keuntungan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan