Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Calon GPS bagi Parlimen Bandar Kuching, Tay Tze Kok (kiri) dan Calon GPS bagi Parlimen Stampin, Lo Khere Chiang (dua kanan) serta Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dato Seri Dr Sim Kui Hian ketika Ceramah Calon GPS Parlimen Stampin dan Bandar Kuching di Aeroville Mall Kuching. Foto: TVS

Sarawak peruntukkan RM350 juta atasi masalah banjir di Stampin

ByJeeridyne

KUCHING, 16 Nov: Kerajaan Sarawak akan memperuntukkan sebanyak RM350 juta bagi melaksanakan projek tebatan banjir di kawasan skim penempatan semula Stampin.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perlaksanaan projek tersebut akan membantu menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering melanda kawasan itu apabila musim landas.

Katanya, keadaan itu berlaku disebabkan kawasan tersebut yang berada di kawasan rendah serta tanah gambut.

“Bila hujan lebat disini akan banjir tetapi Ahli Parlimen Stampin tidak ada. Dia hanya tengok saja.

“Kali ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Wifred Yap akan laksanakan projek tersebut. Saya sudah semak dan kita ada peruntukan untuk projek tersebut yang akan dilaksanakan oleh DID (Jabatan Pengaliran dan Saliran) di kawasan stampin ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Ceramah Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Parlimen Stampin dan Bandar Kuching, pada Rabu.

Abang Johari dalam pada itu turut menegaskan GPS komited untuk merampas kembali kerusi Parlimen Stampin dan Bandar Kuching daripada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi membolehkan rancangan pembangunan dapat terus dilaksanakan di kawasan tersebut.

Tegasnya, setiap wakil rakyat yang dipilih rakyat harus mengotakan janji yang telah dibuat kepada rakyat menerusi manifesto pilihan raya.

“Dalam manifesto kita masa PRN lalu, kita berjanji untuk menubuhkan dana berdaulat untuk masa depan anak Sarawak.

“Jadi minggu hadapan di Dewan Undangan Negeri (DUN) saya akan bentangkan Rang Undang-undang (RUU) mengenai dana berdaulat ini,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan