Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg disambut meriah sebaik hadir pada program bersama rakyat di Pekan Julau. Foto TVS.

Mekanisme baharu menilai semula garis kemiskinan Sarawak

JULAU, 17 Nov: Sarawak akan merangka mekanisme baharu untuk menilai semula garis kemiskinan sejajar dengan perubahan dan sosioekonomi rakyat di negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata langkah itu wajar dilaksanakan berikutan metodologi yang digunakan oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di Kuala Lumpur berbeza.

Menurutnya, beliau telah berbincang dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed kaedah mengukur kekayaan individu hendaklah berkisar dengan pendapatan dan aset.

“Kalau mereka bergantung dengan pendapatan tunai, perkara ini boleh mengelirukan sehingga individu terlibat masih boleh menerima bantuan E-Kasih,” katanya selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Julau hari ini.

Sarawak rangka mekanisme baharu garis kemiskinan

Menurut beliau masalah timbul apabila penerima E-Kasih tidak mahu keluar daripada status berkenaan semata-mata ingin terus mendapatkan bantuan tersebut.

Abang Johari berkata berdasarkan teori ekonomi untuk mengukur kekayaan seseorang atau pun syarikat, ia berlandaskan Aset Ketara Bersih (NTA).

“Kalau mereka ada tanah, apakah itu bukan aset? Di sini banyak Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang mereka boleh bangunkan menerusi aktiviti pertanian. Oleh itu mereka ini tidak boleh dikategorikan sebagai miskin kerana kalau miskin mereka kebuluran dan tiada makanan,” tegasnya.

Abang Johari menekankan kemiskinan merupakan isu penting yang mempengaruhi pembentukan dasar pembangunan dan perancangan khususnya di negeri ini.

Beliau berkata, melalui pendekatan itu kerajaan dapat merangka pelbagai usaha bagi mengatasi isu berkenaan.

“Realitinya, itulah yang berlaku di sebuah bank cawangan Sibu Jaya yang terkejut melihat deposit yang begitu banyak semasa Tan Sri Azman menjadi pengerusi Ambank dahulu. Saya ketika itu merupakan Menteri Perumahan yang membangunkan Sibu Jaya. Kebanyakan pembeli adalah orang kawasan ini, Song, Kanowit dan Kapit,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan