Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pensyarah Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof. Madya Dr. Zaimuariffudin Shukri Nordin

Kerajaan Sarawak sentiasa tambah baik sistem pendidikan, lahirkan modal insan berkualiti

ByConnie Grace

KUCHING, 18 Nov: Kerajaan Sarawak sentiasa melakukan penambahbaikan sistem pendidikan di negeri ini dalam usaha melahirkan modal insan melalui pendidian berkualiti.

Pensyarah Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof. Madya Dr. Zaimuariffudin Shukri Nordin berkata, pendidikan di kalangan generasi muda sentiasa diutamakan, pada masa ini pendidikan disediakan dari sekolah menengah sehingga ke tingkatan enam.

“Menerusi data Unit Perancangan Ekonomi (EPU), kita mencapai tahap 96 peratus dalam aspek pendidikan.

“Pendidikan bagi kanak-kanak juga sudah mencapai tahap penguasaan yang baik dalam membaca, menulis dan mengira, ” katanya ketika ditemui dalam program Malaysia Decides terbitan TVS, semalam.

Katanya, menerusi penubuhan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) yang dimiliki Kerajaan Sarawak turut menawarkan kursus asas kepada golongan sasaran.

Beliau yang juga Koordinator Matlamat Pembangunan Lestari menambah, graduan masa kini seharusnya bersifat ingin tahu dan serba boleh dalam menerokai masa depan yang lebih baik.

“Seorang graduan itu perlu serba boleh (multi skill) sekurang-kurangnya, dia tahu cara untuk bergaul , teknik software yang terkini, dan tidak bergantung kepada bidang yang dipelajari di universiti dan berani untuk menerokai pekerjaan yang lain.” ujarnya.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found