
- 1. Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan melebihi 260,000 hektar bagi mewujudkan Stesen Janakuasa Hidroelektrik Sultan Mahmud.
- 2. Tarian ulek mayang merupakan tarian tradisional asal Terengganu.

- 3. Rantau Abang yang merupakan tempat pendaratan penyu untuk bertelur, terkenal sebagai destinasi pelancongan di Terengganu.

- 4. Masjid Kristal diiktiraf sebagai masjid pintar pertama di Malaysia yang dilengkapi prasarana teknologi maklumat dan liputan jalur lebar tanpa wayar (WiFi). Ia membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses Internet bagi membaca Al-Quran elektronik.
- 5. ‘Draw-Bridge’ atau jambatan angkat sepanjang 638 meter dengan ketinggian 12.5 meter dari aras laut menjadi mercu tanda ikonik pertama di Malaysia dan Asia Tenggara.
- 6. Muzium Terengganu merupakan Muzium terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 23 hektar.
- 7. Bukit Tebuk yang dibina pada tahun 1935 dahulunya digunakan sebagai laluan kereta api untuk mengangkut bijih besi.