- 1. Perak adalah negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang.
- 2. Sungai Perak sepanjang 400 km adalah sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang.
- 3. Long Jaafar adalah orang melayu yang mula-mula menjalankan perusahaan melombong bijih timah di daerah Larut.
- 4. Bukit Larut, Taiping, Perak adalah kawasan tanah tinggi paling lembab di Malaysia dengan taburan hujan 325 hari setahun.
- 5. Durian Paduka pernah dinobatkan sebagai durian terbaik di Perak pada 1985.
- 6. Gua Tempurung yang terletak adalah antara gua batu kapur yang terbesar di Malaysia.
- 7. Gua Tambun mempunyai lukisan prasejarah yang dipercayai sejak zaman Neolitik yang berusia kira-kira 3000-4000 tahun dahulu.
- 8. Penemuan “Perak Man” iaitu rangka manusia tertua yang hampir sempurna dari zaman batu era Paleolitik berusia 11000 tahun dan “Perak Woman” yang wujud sejak 8,000 tahun lalu.
- 9. Negeri Perak merupakan negeri terawal perlombongan bijih timah pada tahun 1820-an.