
- 1. Terkenal dengan jolokan Bandar Bersejarah kerana mempunyai bangunan lama iaitu Bangunan Kubu A Famosa yang dibina oleh Portugis ketika era penjajahan Melaka pada tahun 1511.
- 2. Etnik Baba dan Nyonya dikenali sebagai kaum Peranakan adalah kumpulan minoriti yang berasal dari Melaka.
- 3. Melaka terkenal dengan pelbagai jenis beca berhias yang menarik dan unik.

- 4. Menara Taming Sari, Melaka. Menara Gyro pertama di Malaysia. Nikmati permandangan Selat Melaka yang menakjubkan.

- 5. Antara makanan istimewa di Melaka adalah Laksa Nyonya. Kuah Laksa Nyonya menggunakan udang bagi memberikan rasa yang unik dan manis.

- 6. Gereja St. Peter Melaka adalah Gereja Roman Katolik tertua di Malaysia

- 7. Zoo Melaka dan Night Safari adalah zoo kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan 22 hektar.
- 8. Terdapat lebih kurang 20 buah muzium untuk pelbagai pameran bahan yang unik di bawah penyeliaan Perbadanan Muzium Melaka.
- 9. Muzium Kapal Selam, Melaka. Kapal selam sebenar dari tentera Perancis iaitu FS Quessant Agosta 70 yang telah tamat tempoh dan diserahkan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia.