Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penganalisis Politik, Dr Nur Aida Kipli. Foto: TVS

PRU-15: Platform media sosial tarik pengundi muda

KUCHING, 16 Nov:  Saluran media sosial merupakan platform yang paling sesuai untuk menarik sokongan pengundi terutama golongan muda pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Nur Aida Kipli berkata, ini kerana golongan muda pada masa kini lebih cenderung menggunakan medium tersebut.

“Media sosial adalah saluran pertama yang digunakan oleh golongan muda kerana mereka lebih cenderung menggunakan telefon pada setiap masa”, katanya ketika menjadi tetamu di dalam program Malaysia Decides terbitan TVS hari ini.

Ujarnya lagi, platform media sosial  sangat penting dalam mempengaruhi pemikiran, penilaian dan pemerhatian golongan muda.

Sementara itu, menurut Pensyarah Kanan, Pusat Perdana Fakulti Teknologi & Informatik Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Mazlan Ali, media sosial merupakan platform terbaik untuk menarik minat golongan muda kerana kandungannya berasaskan hiburan.

“Golongan muda memerlukan maklumat yang padat dan mudah difahami seperti maklumat yang disalurkan melalui video dan dalam bentuk ucapan yang menarik,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Mazlan turut mengingatkan supaya golongan muda menilai maklumat yang diterima di media sosial kerana platform tersebut sering disalahgunakan untuk menyebarkan maklumat yang salah.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan