Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai Daerah Kapit, Cerisologo Sambut. Foto: TVS

PRU-15: Pengundi di Kapit dinasihat peka perkembangan ramalan cuaca

ByFebbright James

KAPIT, 16 Nov: Pengundi di Kapit dinasihati agar sentiasa peka dengan perubahan cuaca bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku menjelang hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum (PRU-15) pada 19 November kelak, demikian menurut Pegawai Daerah Kapit, Cerisologo Sambut.

Katanya, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kapit akan terus memantau keadaan semasa dan bersiap siaga sekiranya ada laporan tentang kejadian seperti banjir dan tanah runtuh yang menyukarkan pergerakan pengundi kelak.

“Pihak kita memang sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan seperti banjir dan tanah runtuh melalui kerjasama dari semua pihak termasuk, anggota polis, bomba dan penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan agensi lain berkaitan.

“Untuk orang awam, sekiranya mereka turun mengundi menggunakan jalan sungai, diharap mereka menggunakan jaket keselamatan dan tidak menaiki perahu terlalu penuh. Manakala untuk rumah panjang yang masih lagi menggunakan jalan balak sentiasa berhati-hati dan sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak baik, boleh laporkan terus kepada kami,” katanya ketika ditemubual pemberita TVS.

Tambahnya, di Parlimen Kapit terdapat 151 saluran mengundi dan sebanyak 17 saluran menggunakan helikopter iaitu tujuh di Katibas dan sembilan di Kapit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kapit Superintenden Freddy Bian turut memaklumkan IPD Kapit telah mengatur gerak bagi persiapan menghadapi musim tengkujuh dan PRU-15 sejak tiga bulan yang lepas.

“Pasukan kita sentiasa bersiap siaga dan mengerakkan anggota kita dengan segera sekiranya diperlukan. Saya lihat penduduk di Kapit sememangnya matang dalam memastikan proses demokrasi berjalan lancar. Setakat ini kami tidak menerima sebarang aduan mengenai rusuhan, poster dikoyak atau dibakar dan lain-lain insiden yang tidak baik.

“Saya berharap masyarakat di Kapit terus mengekalkan keharmonian dan turun untuk mengundi pada 19 November nanti untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing dan laporkan segera sekiranya ada banjir dan tanah runtuh berlaku,” katanya.

Untuk Rekod, sebanyak 45, 062 pengundi mendaftar untuk Pilihan Raya Umum (PRU-15).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan