Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lo Khere Chiang ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Unity Dinner di Jalan Arang di Kuching pada Selasa. Foto TVS.

PRU-15: Gelaran ‘Raja Empurau’ tidak gugat Khere Chiang

KUCHING, 16 Nov: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Parlimen Stampin Lo Khere Chiang tidak melatah  digelar ‘Raja Empurau’ susulan  satu video berkaitan tular di media sosial baru-baru ini.

Menganggap mendapat julukan sedemikian kata Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) itu lagi merupakan taktik kotor pihak tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkannya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Malahan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang itu berkata ia sedikit pun tidak menggugatnya memandangkan sebelum ini sering dilabel dengan beberapa gelaran.

“Banyak nama saya terima sebelum ini, ia tidak mengganggu saya sama sekali.

“Saya hanya melakukan perkara yang betul, saya agak kesal kepada mereka yang mengambil kesempatan dan cuba mencari kesalahan saya untuk memberikan imej buruk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri ‘Unity Dinner’ di Jalan Arang di sini pada malam Selasa.

Terdahulu isu ‘Raja Empurau timbul merujuk kepada video yang tular di Whatsapp baru-baru ini menggambarkan bahawa Khere Chiang sedang bercakap mengenai Empurau yang dikatakan secara tersirat beliau memandang rendah terhadap mereka yang tidak mampu untuk makan ikan ‘mewah’ tersebut.

Susulan itu, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Batu Kitang telah membuat laporan polis berhubung video yang dipercayai telah disunting sebelum disebarkan di media sosial dengan niat buruk.

“Saya ingin berterima kasih kepada ‘rakan’ siber yang cuba memburukkan nama saya, akhirnya saya fikir saya mempunyai lebih ramai kawan selepas itu.

“Nasihat saya kepada mereka, lakukan perkara yang betul, jangan buat perkara salah, ikutlah ketua yang betul,” tegasnya.

Beliau juga  menekankan tindakan mengikuti ketua yang tepat akan membawa perjalanan seseorang individu dengan baik di dalam arean politik.

“Tetapi jika ikut ketua yang salah, anda akan masuk penjara,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan