Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Kampung Stenggang, Bau. Foto: TVS

Pajakan sementara tanah di Kampung Stenggang ditarik balik, kampung dibesarkan

ByAmirah Shawel

BAU, 16 Nov: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersetuju agar pajakan sementara tanah di Kampung Stenggang, Bau, yang berkeluasan 1,986 hektar ditarik balik bagi memberi laluan untuk meluaskan kawasan kampung itu susulan taburan penduduk yang sangat padat.

Menurutnya, beliau akan meminta Jabatan Tanah dan Survei (JTS) untuk membuat tempat baharu dan membesarkan kampung itu kerana terlalu padat.

“Selepas kemenangan diraih pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti, calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Parlimen Mas Gading, Lidang Disen akan berunding dengan pihak JTS, ” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Stenggang di sini, hari ini.

Abang Johari juga menegaskan tanah yang diterima seharusnya digunakan untuk membangunkan rakyat Sarawak khususnya di Kampung Stenggang.

“Jangan dijual semula tanah yang diberikan oleh kerajaan, bangunkan untuk kegunaan diri dan keluarga,” ujarnya.

Terdahulu, Lidang dalam ucapan aluannya memohon kepada Abang Johari untuk membatalkan pajakan sementara bertarikh 23 November 2009. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan