Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Residen Bahagian Limbang, Sebi Abang. Foto: Aliff Idzwan

Letupan paip gas Lawas, jangan buat spekulasi, tunggu laporan rasmi

ByOdleen Catherny

LAWAS, 16 Nov: Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan kejadian letupan paip gas yang berlaku di Jalan Long Ugui menuju ke Long Sukang.

Residen Bahagian Limbang, Sebi Abang berkata, semua pihak perlu menunggu laporan lengkap daripada pihak berkuasa.

“Setakat ini, apa yang boleh dikongsikan, kejadian letupan paip gas Petronas ataupun saluran paip gas Sarawak Sabah telah berlaku di antara laluan Long Ugui dan Long Sukang.

Baca artikel berkaitan >>>>> Letupan paip gas di Long Ugui, seorang maut dua cedera

“Pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Lawas telah mengarahkan pihak Bomba untuk mmbuat siasatan serta punca berlakunya letupan itu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai insiden itu hari ini.

Beliau menyeru orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kejadian ini berlaku pada ketika musim pilihan raya.

“Antara kemungkinan berlakunya perkara itu adalah mungkin sebab pergerakan dalam tanah itu sendiri sehingga menyebabkan paip itu mungkin patah atau sebagainya.

Ataupun disebabkan oleh aktiviti-aktiviti pembinaan jalan raya Sabah-Sarawak Link Road (SSLR) yang berada berhampiran dengan laluan itu, “jelasnya lagi.

Bagaimanapun katanya, pihaknya masih menunggu laporan lengkap dari pihak Bomba. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan