Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan simbolik perasmian. Foto: TVS

Abang Johari lulus RM100 juta untuk naik taraf Jalan Bau-Kuching

BAU, 16 Nov: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan peruntukan berjumlah RM100 juta untuk menaik taraf Jalan Bau-Kuching diluluskan hari ini.

Menurut beliau, tender bagi projek pembinaan tersebut akan dilaksanakan dalam masa empat bulan dari sekarang serta dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

“Jalan tersebut akan dinaik taraf kepada jalan raya berkembar (dual carriageway),” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Program Sarawakku Sayang di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Abang Johari memberi bayangan dana yang diperoleh Sarawak bagi tahun 2022 kini mencapai angka dua digit bilion ringgit.

Walaupun begitu, beliau enggan mendedah lanjut serta menyatakan perkara tersebut akan diumumkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada minggu hadapan.

Terdahulu pada majlis yang sama ahli Dewan Undangan Negeri Serembu, Miro Simuh mendedahkan kapasiti penggunaan Jalan Bau-Kuching adalah tinggi.

“Pembangunan jalan ini perlu dipercepatkan kerana banyak kemalangan berlaku di sini hingga turut meragut nyawa pengguna jalan raya. Oleh itu pembinaannya perlu disegerakan,” tegasnya.

Berdasarkan rekod Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), sebanyak 4,000 kenderaan menggunakan jalan tersebut setiap hari. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan