Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain mengundi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini. Foto TVS.

Tiga ditahan ketika kempen PRU-15

GEORGE TOWN, 15 Nov: Seramai tiga individu ditahan polis dalam tempoh 10 hari kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di negeri ini.

Ketua Polis Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya juga telah membuat pertuduhan bagi tiga kes di mahkamah membabitkan laporan di Perai dan Kampung Baru dekat sini.

“Seorang individu dituduh pada 11 November di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan (peras ugut) dan tertuduh dijamin RM5,000 manakala seorang individu didenda RM2,000 atau dipenjara tiga bulan selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (menyebabkan kecederaan).

“Selain itu, seorang individu dituduh semalam mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (menyebabkan kecederaan) dan dia dibenar diikat jamin RM6,000 sementara sebutan semula kes 12 Disember depan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau melakukan pembuangan undi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini.

Sementara itu, Mohd. Shuhaily memberitahu, setakat kini sebanyak 986 permit ceramah telah dikeluarkan oleh ketua polis di lima daerah di negeri ini.

“Sebanyak 30 laporan polis telah diterima, manakala 12 kertas siasatan dan satu kertas enkuiri polis turut dibuka atas pelbagai kesalahan dalam tempoh sama,”katanya.

Ujar beliau, dalam tempoh kempen yang berbaki empat hari, polis menasihati semua pihak agar menjaga keselamatan dan bersedia menghadapi kemungkinan banjir memandangkan situasi cuaca yang tidak menentu ketika ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan