Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memberi jaminan keselamatan menjelang hari pengundian Sabtu ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Rancang perjalanan pulang mengundi – Ketua Polis Negara

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Polis menasihatkan orang ramai yang ingin pulang mengundi supaya merancang perjalanan mereka bagi mengelakkan kesesakan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pada masa sama, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan membuat persediaan membabitkan tugasan anggota di seluruh negara.

“Polis yakin akan dapat mengawal keadaan kerana berpengalaman menguruskan aspek ini.

“Cuma apa yang saya ingin tekankan kepada pengundi supaya mematuhi peraturan lalu lintas bagi memastikan keselamatan bersama,”katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan memberi cuti pada 18 dan 19 November ini untuk memudahkan urusan Keluarga Malaysia pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Pematuhan kepada peraturan lalu lintas kata Acryl Sani sangat mustahak bagi mengurangkan kes kemalangan jalan raya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan