Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. Foto: Aziz Soleh (TVS)

PRU-15: Rakyat Sarawak beruntung miliki pemimpin berkaliber, berpandangan jauh

SIMUNJAN, 15 Nov: Rakyat Sarawak sangat beruntung kerana mempunyai Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, seorang pemimpin berkaliber, berwawasan tinggi dan berpandangan jauh.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, perkara itu juga dinyatakan masyarakat di Semenanjung Malaysia ketika mengatakan lawatan ke sana.

“Apabila kita beritahu kita dari Sarawak, dari Kuching, Samarahan dan Simunjan mereka akan menghormati kita.

“Mereka beritahu kita amat beruntung kerana mempunyai seorang pemimpin yang begitu berkaliber, Datuk Patinggi Abang Johari. Itu maklumat yang kita peroleh, komen-komen yang kita dengar daripada rakan-rakan kita di sebelah sana. Jadi dengan kata lain, kedudukan Sarawak bukan pada tahap yang rendah lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Taklimat Utiliti dan Telekomunikasi di Dewan Sungai Apin, di sini semalam.

Tambahnya lagi, Sarawak kini sedang pesat berkembang hasil daripada 120 inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Premier Sarawak.

“Pelaksanaan inisiatif tersebut memberi impak positif yang begitu besar kepada Sarawak sehingga dihormati negeri-negeri lain, ” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan