Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Apresiasi Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (Unifor) di Kingwood Hotel, di Sibu. Foto: Madeline Dugat (TVS)

PRU-15: Pembangkang hanya pandai bercakap tetapi tidak bekerja – Abang Johari

ByMadeline Dugat

SIBU, 15 Nov: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meminta rakyat Sibu memberi sokongan kepada calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Clarence Ting Ing Horh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Abang Johari menegaskan, bandar Sibu sudah beberapa tahun dalam keadaaan kucar-kacir di bawah kuasa pembangkang.

“Saya cakap Clarence, bolehkah tolong Sibu. Tapi ‘you’ Pengerusi (Majlis Pembandaran Sibu) sahaja, kalau ‘you’ mahu, jom bawa Sibu ke Parlimen sana.

“Sebab Sibu sudah beberapa tahun teruk. Jadi yang ini jadi yang itu, cakap saja kerja tidak,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sibu, semalam.

Dalam pada itu, Abang Johari yakin dengan kredibiliti Clarence yang mana boleh membawa perubahan kepada pembangunan Sibu.

“Saya fikir orang Sibu sudah tahu apa yang kita buat dan pada PRU15 ini kita mahu Clarence menang,” tambahnya.

Abang Johari juga mengucapkan terima kasih kepada rayat Sarawak kerana telah membantu GPS menang 76 kerusi daripada 82 kerusi pada pilihan raya negeri lepas.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU15) bagi kerusi parlimen Sibu menyaksikan pertembungan tiga pernjuru antara Clarence Ting Ing Horh (GPS), Oscar Ling dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Datuk Seri Wong Soon Koh Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan