Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota tentera darat hadir bersama pasangan semasa proses undi awal. Foto: Ammierul Mukminin (TVS).

PRU-15: 2,900 anggota tentera bersama pasangan hadir mengundi

PUTATAN, 15 Nov : Proses pengundian awal sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) telah bermula di Kem Lokawi, sebentar tadi.

Proses pengundian bermula seawal jam 8 pagi membabitkan 2,900 anggota Tentera Diraja Malaysia (TDM) bersama pasangan mereka.

Berdasarkan tinjauan TVS di Sekolah Agama Rakyat, Kem Lokawi, petugas SPR dilihat tiba pada pukul 6.45 pagi.

Perkarangan pusat undi awal mula dipenuhi anggota dan pasangan mereka lebih kurang 7.00 pagi.

Lima saluran pengundian yang disediakan SPR bagi melancarkan proses pengundian awal yang melibatkan anggota TDM bersama pasangan mereka.

Untuk rekod, Parlimen Putatan bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Shahelmey Yahya; calon Pakatan Harapan – Parti Keadilan Rakyat (PH-PKR), Awang Husaini Sahari; Warisan, Ahmad Mohd Said dan calon Gerakan Tanah Air (GTA) – Pejuang, Poyne B Tudus.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan