Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Perasmian Kompleks Sukan SJK Chung Hua Siburan
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Majlis Perasmian Kompleks Sukan SJK Chung Hua Siburan. Foto: TVS

Peruntukan RM10 juta setiap tahun kepada sekolah aliran Cina

ByAhmad Burhanuddin

SIBURAN, 15 Nov: Peruntukan RM10 juta setiap tahun untuk sekolah aliran CIna sebagai suntikan pembangunan bakat para pelajar.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata potensi pembangunan bakat pelajar di Sarawak penting untuk melahirkan modal insan yang menyumbang kepada masyarakat pada masa hadapan.

“Sebab itu, saya tubuhkan kementerian pendidikan sendiri untuk Sarawak iaitu Kementerian Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak di bawah Datuk Roland Sagah.

“Pendidikan kita adalah lebih menyeluruh sebab itu pendidikan kita tidak sama seperti di Semenanjung,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Kompleks Sukan SJK Chung Hua Siburan, di sini, hari ini.

Tambah Abang Johari, Sarawak mementingkan pemberian ilmu yang secukupnya kepada anak-anak murid di Sarawak agar mereka dapat menyumbang kepada masyarakat pada masa hadapan.

“Kita hendak melihat potensi pembangunan bakat anak-anak di Sarawak dan kita memberi hala tuju yang sejajar dengan pembangunan dunia,” katanya. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan