KUALA LUMPUR, 15 Nov: Peratusan anggota pasukan keselamatan negara dan pasangan mereka yang keluar mengundi awal hari ini meningkat kepada 52 peratus.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), statistik itu direkodkan setakat pukul 11 pagi tadi.
Pada pukul 10 pagi tadi, sebanyak 34 peratus telah menunaikan tanggungjawab masing – masing.
Secara keseluruhan pada Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15) ini, seramai 224,828 anggota tentera dan polis serta pasangan akan mengundi hari ini.
Jumlah itu merangkumi seramai 117,473 anggota tentera dan 107,355 polis serta pasangan yang mengundi di 578 pusat di seluruh negara. -TVS