Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani bercakap kepada pemberita selepas meninjau proses undian awal di Bukit Aman di sini hari ini. Foto Kuan Thaifar (TVS)

Kes sabotaj bahan kempen PRU menurun – Acryl Sani

ByLuqman Muhammad

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Kes sabotaj melibatkan bahan kempen parti politik pada Pilihan Raya Umum Ke – 15 (PRU-15) ini menunjukkan penurunan, kata Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Ketua Polis Negara itu berkata, setakat ini tidak timbul isu besar sepanjang 11 hari kempen PRU-15 berlangsung di seluruh negara.

“Kejadian koyak poster bukanlah perkara baharu kerana pernah berlaku sebelum ini.

“Namun apa yang dapat saya beritahu, jumlah kes kali ini agak kecil,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Pusat Mengundi Awal Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau turut memberi jaminan yang kesemua kes dilaporkan oleh parti politik membabitkan kejadian itu akan disiasat secara adil. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan