Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Kamsun Syaib,58, dibantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya ketika hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal. Foto Bernama.

Baru jalani pembedahan, anggota polis bersemangat undi awal

JOHOR BAHRU, 15 Nov: Meskipun baru lapan hari selesai menjalani pembedahan akibat komplikasi kencing manis, ia tidak melunturkan semangat seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di sini untuk menjalankan kewajipan mengundi awal hari ini.

Hadir berkerusi roda seawal 7.30 pagi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Kamsun Syaib, 58, kelihatan bersemangat dengan berpakaian kemeja-T berlambangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya belum pernah lagi ketinggalan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi dan bersyukur masih berpeluang sekali lagi walaupun dalam keadaan kurang sihat.

“Saya rasa penting untuk setiap rakyat Malaysia untuk tidak memandang ringan kewajipan kita sebagai rakyat Malaysia yang menentukan masa depan negara,” katanya.

Kamsun yang telah berkhidmat selama 34 tahun dalam PDRM berkata beliau sedih dengan sikap segelintir masyarakat terutama golongan muda yang memandang enteng tanggungjawab itu.

Beliau yang dibantu isteri dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menjadi antara anggota keselamatan terawal mengundi di sini.

Parlimen Johor Bahru menyaksikan penyandangnya Akmal Nasrullah Mohd Nasir daripada Pakatan Harapan berdepan tiga pencabar iaitu calon Barisan Nasional Johan Arifin Mohd Ropi, Mohd Mohtaj Yacob (Perikatan Nasional) dan Mohamad Akhiri Mahmood (Pejuang).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan