Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diiringi anggota polis membawa kotak kertas undi dari saluran lima yang ditutup pada 12 tengah hari tadi bagi proses mengundi awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu hari ini. Foto Bernama.

85 peratus tunai tanggungjawab undi awal setakat 2 petang

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Peratusan undi awal Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU-15) membabitkan anggota pasukan keselamatan negara dan pasangan masing – masing mencecah 85 peratus setakat pukul 2 petang tadi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) , statistik itu menunjukkan peningkatan berbanding 67 peratus pada pukul 12 tengah hari ini.

Secara keseluruhan pada PRU-15 ini, seramai 224,828 anggota tentera dan polis serta pasangan akan mengundi.

Jumlah itu merangkumi seramai 117,473 anggota tentera dan 107,355 polis serta pasangan yang mengundi di 578 pusat di seluruh negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan