Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Clarence Ting bersalaman dengan salah seorang anggota tentera yang bertugas di Pusat Pengundian Awal di Kem Rascom Batu 10, Sibu, hari ini. Foto: Madeline Dugat (TVS)

1,756 pegawai dan anggota ATM di Sibu mengundi awal

SIBU, 15 Nov: Seramai 1,756 pegawai dan  anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama pasangan hadir mengundi di Kem Rascom Batu 10 di sini, sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Berdasarkan tinjauan TVS di Kem Rascom Batu 10, Pusat Mengundi Awal sudah mula dipenuhi anggota dan pasangan mereka seawal jam 8 pagi.

Terdapat tiga saluran pengundian disediakan SPR yang mana pengundian dibuka bermula seawal jam 8.30 pagi dan akan ditutup jam 5 petang.

Turut hadir meninjau proses pembuangan undi ialah calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Sibu Clarence Ting yang turut bersalaman dengan anggota tentera di pusat mengundi itu.

Menurut Clarence Ting, beliau berasa gembira melihat keterujaan anggota tentera dengan pasangan turun mengundi dan keadaan pusat mengundi  berjalan lancar.

Untuk rekod, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Parlimen Sibu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Clarence Ting Ing Horh (GPS), Oscar Ling calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Wong Soon Soh calon Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan