Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto TVS.

Pendigitalan arkib perlu dilaksanakan, selari usaha pendigitalan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 14 Nov: Sarawak memberi tumpuan kepada usaha pendigitalan bagi membentuk masyarakat digital yang inklusif selain menggalakkan pertumbuhan perniagaan dan sektor teknologi pintar.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penyedia perkhidmatan rujukan data dan maklumat seperti institusi arkib juga perlu menyambut inisiatif itu agar matlamat pendigitalan dapat dicapai.

“Saya difahamkan Arkib Negara Malaysia juga aktif melaksanakan pendigitalan bahan arkib dan saya amat mengalu-alukan perkongsian kepakaran digital secara kolaborasi peringkat persekutuan dan negeri.

“Ia adalah dalam usaha memastikan kelangsungan hayat khazanah warisan digital negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang dibacakan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang mewakili beliau pada  Majlis Perasmian Bangunan Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Jelasnya, perkembangan pesat dunia teknologi turut memberi kesan langsung kepada institusi arkib.

“Pendigitalan bahan arkib bagi tujuan pemeliharaan dan penyelidikan membuka ruang kepada institusi arkib untuk menarik lebih ramai penyelidik dan pengguna bahan arkib dari dalam dan luar negara.

“Justeru, perkhidmatan yang ditawarkan bukan hanya melalui penyelidikan fizikal, tetapi juga secara dalam talian bagi membolehkan maklumat diakses melangkaui sempadan masa dan tempat,” ujarnya.

Untuk rekod, bangunan tersebut merupakan bangunan Arkib Negara Malaysia Negeri yang kelima selepas Kedah/Perlis, Sabah/Wilayah Persekutuan Labuan, Pahang dan Perak.

Sebelum ini, Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak telah bertapak di beberapa lokasi di sekitar Kuching sebelum memperoleh tapak tanah seluas 2.9 ekar di kawasan Petra Jaya pada 2001, kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada 2017 dan telah siap pada 1 April 2022.

Bangunan bernilai RM27 juta itu menyimpan sebanyak 246,026 jumlah bahan arkib, antaranya rekod Jabatan Penyiaran Kawasan Sarawak, rekod Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia Negeri Sarawak dan rekod Rajang Area Security Command atau lebih dikenali sebagai RASCOM. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan