Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jalan Seksyen Selangau, Pan Borneo yang kini dibuka untuk pengguna. Foto: TVS

Pan Borneo Seksyen Selangau kini dibuka

ByYusuf Shukri

SELANGAU, 14 Nov: Lebuhraya Pan Borneo Seksyen Selangau sepanjang 27 kilometer dan satu persimpangan bertingkat kini dibuka kepada pengguna.

Kementerian Kerja Raya menerusi satu kenyataan berkata dengan kos pembinaan RM588 juta, seksyen lebuh raya ini akan menjadi pemangkin pembangunan kepada kawasan Selangau, Mukah, Balingian dan Sibu.

 

Perasmiannya disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini. Hadir sama, Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof.

Perasmian lebuh raya berkenaan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini. Hadir sama, Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof. Foto: TVS

Seksyen Selangau ini mula dibina pada 1 November 2016 dan dibuka untuk kegunaan pengguna jalan raya pada hari ini.

“Projek di bawah peruntukan kerajaan Persekutuan ini mampu membantu melancarkan pergerakan trafik dari Sibu ke Bintulu.

Suasana meriah ketika pelancaran Lebuhraya Pan Borneo Seksyen Selangau hari ini. Foto: TVS

“Selain itu, ia akan menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan sekitarnya contohnya Sibu, Selangau, Mukah dan Balingian dengan akses jalan raya yang lebih baik.

“Pelaksanaan projek ini juga merupakan bukti komitmen kerajaan Persekutuan dalam membangunkan rangkaian jalan raya sedia ada, secara lebih terancang, sistematik dan efisien,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan