Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Datu Khirudin Drahman @ Hussaini. Foto:TVS

Keluar rumah segera, elak terperangkap – Khirudin

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 14 Nov: Individu yang berdepan situasi kebakaran dinasihatkan supaya bertindak menyelamatkan diri dengan mencari jalan keluar segera.

Pengarah Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Datu Khirudin Drahman @ Hussaini berkata, langkah tersebut merupakan jalan terbaik bagi mengelakkan diri daripada terperangkap dan berdepan risiko kehilangan nyawa.

“Kita syorkan kepada masyarakat untuk keluar daripada bangunan, sebab ia menyelamatkan diri mereka, walaupun mungkin mereka akan mengalami kesan lecuran akibat api yang marak.

“Selain itu saya nak ingatkan, apabila berlaku insiden kebakaran, kalau boleh jangan sesekali naik ke atas tingkat rumah ataupun pergi ke ruang-ruang tertentu seperti bilik tidur kerana anda akan teperangkap di sana.

“Cari cara untuk keluar dari rumah menerusi tingkap dan sebagainya, ” katanya ketika dihubungi TVS bagi mengulas mengenai insiden kebakaran di Lorong Bunga Tongkeng Kampung Gita, malam tadi.

Dalam insiden tragis itu, tiga individu terkorban iaitu bekas Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU), Affandi Keli, 68, anaknya, Aneeqa Affandi, 35 dan anak saudaranya, Nor Hasyidah Ajis, 22.

Menurut Khiruddin, kesemua mangsa terkorban dipercayai akibat lemas terhidu kepulan asap.

Ketiga-tiga mereka ditemukan oleh pihak Bomba sekitar pukul 8:40 malam di sebuah bilik di tingkat atas rumah dua tingkat tersebut.

Kejadian itu turut memusnahkan lima kenderaan, operasi pemadaman api tamat jam 11 malam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan