- 1. Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri dalam negara asia yang dipilih dan mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai destinasi pelancongan tahun 2022 menerusi artikel CNN Travel.
- 2. Bandar George Town mendapat pengiktirafan Tapak Warisan Dunia UNESCO terbaik Asia.
- 3. Jambatan kedua Pulau Pinang atau Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah merupakan jambatan terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara iaitu sepanjang 24 kilometer.
- 4. Bukit Bendera adalah stesen kereta api bukit British yang tertua di Asia Tenggara sejak tahun 1700-an.
- 5. Gereja St. George di bandar George Town, Pulau Pinang yang di bina pada tahun 1818 merupakan gereja Anglican tertua di Asia Tenggara.
- 6. Terdapat rangka manusia yang berusia 5,000 tahun dikenali sebagai “Penang Woman” ditemukan ketika kajian penyelidikan di Guar Kepah, Kepala Batas.
- 7. Pulau Pinang terkenal dengan makanan seperti Laksa Penang, Nasi Kandar dan Pasembur.