Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Nancy Shukri ketika ditemui pemberita pada program Sarawakku Sayang 2022 di Esplanada Telaga Air di sini, hari ini. Foto: Khiruddin (TVS)

Syarikat penerbangan milik Sarawak bantu perkasa sektor pelancongan

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 13 Nov: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri menyambut baik hasrat Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu menubuhkan syarikat penerbangan milik Sarawak sendiri.

Menurutnya, dengan kewujudan syarikat itu kelak, ia secara tidak langsung akan membantu memperhebatkan lagi sektor pelancongan di negeri ini.

“Ini amat menggembirakan kerana sudah lama kita menunggu, dan ini memberi kebaikan kepada Sarawak kerana ramai pengunjung nak datang ke sini tapi terhad dari segi penerbangan.

“Jadi apabila sudah ada nanti, ia membantu meramaikan pelancong untuk datang ke Sarawak, “ katanya ketika ditemui pemberita pada program Sarawakku Sayang 2022 di Esplanada Telaga Air di sini, hari ini.

Jelasnya, dengan adanya syarikat penerbangan itu nanti, ia akan memberi tawaran harga tambang yang lebih kompetitif untuk rakyat Sarawak serta memudahkan mereka di perantauan untuk pulang.

“Selepas ini tidaklah begitu susah orang nak datang ke Sarawak lebih-lebih lagi mereka yang merupakan anak Sarawak yang nak pulang tetapi terpaksa membatalkannya kerana tambang terlalu mahal, “ ujarnya.

Terdahulu Abang Johari memaklumkan kerajaan negeri sedang menunggu keputusan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) berkaitan pemilikan lesen memandangkan kajian mengenai penubuhan syarikat penerbangan milik Sarawak telah selesai.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan