Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Hasbi Habibollah pada Majlis Pekebun Kecil Makmur RISDA, Peringkat RISDA Bahagian Limbang hari ini. Foto: TVS

PRU-15: Kejayaan GPS ‘hadiah berharga’ untuk generasi muda

LIMBANG,13 Nov: Perjuangan Gabungan Parti Sarawak (GPS)  berjaya mengembalikan hak dan kepentingan Sarawak di Parlimen disifatkan ‘hadiah berharga’ untuk generasi muda di negeri ini.

Dibarisi oleh pemimpin yang berpengalaman menurut Calon GPS Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah, matlamat utama usaha gabungan berkenaan adalah untuk kesejahteraan masa depan golongan pelapis selepas ini.

Hasbi yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB)  menambah generasi muda merupakan tonggak utama yang bakal mewarisi kepimpinan negeri ini pada masa depan.

“Sejak GPS , ditubuhkan pada 2018, bulan Mei kita telah berjaya mempastikan  Perjanjian Malaysia (MA) 1963 dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia, sekarang semua sudah ada dalam Perlembagaan Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Pekebun Kecil Makmur RISDA, Peringkat RISDA Bahagian Limbang hari ini.

Hasbi berkata demi kepentingan Sarawak, beliau bersama pemimpin GPS lain akan meneruskan perjuangan untuk mempertahankan dan memelihara hak, kepentingan dan kuasa  Sarawak yang terhakis selama ini.

“Bagi kami sebagai veteran politik ini, apa yang dapat diperjuangkan oleh GPS di Parlimen dimaktubkan dalam Perlembagaan. Sebahagian dalam perlembagaan ini adalah hadiah untuk generasi muda Sarawak,” ulangnya.

Jelasnya lagi generasi muda memainkan peranan penting dalam meneruskan kepimpinan negeri akan datang  termasuk perjuangan menuntut hak dan kepentingan yang tiada noktah.

“GPS akan menjadi penentu untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan. Bagi kita Sarawak satu saja untuk  memastikan sekiranya berjaya menang 31 kerusi, kita sapu habis 31 kerusi GPS, supaya suara kita makin besar makin kuat di Parlimen,” katanya.

Hadir sama Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Residen Bahagian Limbang, Jamalie Busri dan Pengarah Risda Negeri Sarawak Shaharuddin Saberi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan