Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Lingga, Dayang Noorazah ketika berucap di Program Sarawakku Sayang di Dataran Pekan Lingga. Foto: Aziz Soleh (TVS)

PRU-15: GPS peka keperluan rakyat – Dayang Noorazah

SIMANGGANG, 13 Nov: Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa peka keperluan rakyat termasuk  di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi perlaksanaan projek pembangunan kepaa rakyat yang dilaksanakan secara berterusan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, tiada siapa yang lebih tahu tentang kehendak rakyat melainkan orang Sarawak sendiri.

“Pembinaan jambatan sementara yang dibina sekarang ini memendekkan perjalanan dari Lingga ke Sebuyau selama 30 hingga 40 minit sahaja, ini memudahkan lagi perjalanan untuk menziarahi keluarga di Sebuyau, bukan Sebuyau sahaja, tetapi juga ke Meludam, Beladin, Pusa, Simunjan dan seterusnya ke Kuching.

“Terbukti Kerajaan Sarawak tahu apa keperluan dan kemudahan yang diberikan kepada rakyat. Hanya orang Sarawak sendiri yang tahu apa kehendak orang Sarawak. Terbukti Kerajaan Sarawak semakin kuat dan akan terus berjuang untuk hak rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sarawakku Sayang di Dataran Pekan Lingga.

Dalam pada itu, katanya, pelancaran Regatta Lingga akan diadakan pada 2 hingga 4 Disember akan datang.

Katanya, ini merupakan kali pertama acara regatta diadakan secara besar-besaran di daerah Lingga, yang sebelum ini hanya diadakan secara kecil-kecilan sahaja.

“Inilah salah satu inisiatif dan usaha kami untuk mempromosi Lingga sebagai salah satu lokasi eco-tourism ke peringkat lebih tinggi.

“Suka saya berkongsi penyertaan pertandingan Bidar di Regatta Lingga mendapat sambutan yang sangat luar biasa iaitu sebanyak 33 penyertaan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan