Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perkhidmatan langganan bulanan Twitter akan kembali dan pendaftaran baharu boleh dilakukan seawal minggu depan.

Pendaftaran untuk Twitter Blue dibuka minggu depan- Musk

ByBernama

WASHINGTON, 13 Nov: Usahawan billionaire AS Elon Musk berkata, perkhidmatan langganan bulanan Twitter akan kembali dan pendaftaran baharu boleh dilakukan seawal minggu depan.

Pengguna Twitter mengalami masalah mendaftar untuk perkhidmatan Twitter Blue. The Washington Post melaporkan pada Jumaat, memetik nota dalaman syarikat bahawa Twitter menghentikan sementara pendaftaran langganan pada malam Khamis.

Ditanya oleh pengguna Twitter bila perkhidmatan langganan akan dibuka, Musk pada Sabtu menulis tweet “mungkin akhir minggu depan”, ” kata Sputnik.

Perkhidmatan langganan bulanan berbayar Twitter Blue menambah tanda semak biru pada akaun pengguna dan menawarkan akses awal untuk mereka memilih ciri-ciri baharu yang ditawarkan.

Syarikat itu memulakan pelancaran ciri baharu itu pada 9 November. Dalam tempoh sehari, banyak akaun parodi palsu di Twitter dilihat seperti sah, dengan beberapa daripadanya menyiarkan kandungan yang meragukan.

Pada Khamis Musk berkata, akaun Twitter yang menyamar sebagai orang lain mulai sekarang mesti memasukkan perkataan “parodi” dalam graf nama akaun dan bukannya graf bio.

Musk juga menegaskan bahawa berdasarkan pengesahan secara menyeluruh, tidak akan ada lagi amaran sebelum penggantungan, dan peraturan ini akan menjadi syarat untuk mendaftar ke Twitter Blue. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan