Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima cenderahati daripada Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi pada program Sarawakku Sayang 2022 di Esplanada Telaga Air di sini hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir

Abang Johari lulus pemasangan lampu jalan sepanjang Jalan FAC Matang

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 13 Nov:  Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi kelulusan secara lisan berkaitan pemasangan lampu jalan di sepanjang Jalan FAC Matang.

“Insha Allah kemudahan lampu jalan itu akan dilaksanakan dengan syarat saya mintak kerjasama penghulu dan ketua kaum untuk mengawasinya,” katanya pada ucapannya dalam program Sarawakku Sayang 2022 di Esplanada Telaga Air di sini, hari ini.

Namun begitu, Abang Johari menyeru masyarakat untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan bagi menjaga kemudahan awam berkenaan serta mengelak gejala vandalisme atau kecurian.

“Jika berlaku kecurian, laporkan segera, kita bekerjasama, jangan orang curi kita biarkan sahaja, “ tegasnya.

Terdahulu, beliau mengumumkan kemudahan lampu jalan itu disediakan sebagai maklum balas pemintaan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Menerusi ucapannya, Dr Abdul Rahman mendedahkan jalan dari Simpang Kopodim ke Simpang Matang dan dari Jalan Matang sehingga Simpang silam ‘ petang-peti’ selama hampir lapan tahun.

Menurutnya masalah itu bukan disebabkan tiada peruntukan dari kerajaan, tetapi ia berpunca daripada kes kecurian kabel dan tembaga yang menyebabkan kawasan tersebut gelap gelita dan memberi kesukaran kepada pengguna jalan raya – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan