Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap di sidang media selepas merasmikan Program Sarawakku Sayang di Dataran Pekan Lingga. Foto: Salasiah Safian (TVS)

Tiada keperluan mendesak isytihar cuti 18 November

LINGGA, 12 Nov: Tiada keperluan mendesak mengisytihar cuti khas pada 18 November ini kerana pelbagai perkara harus dilihat semula sebelum mewartakan cuti tersebut, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Apa yang berlaku, ekonomi kita akan terjejas, apabila kita mewartakan cuti, majikan terpaksa membayar gaji dua kali ganda kepada pekerja.

“Ini akan menaikkan kos dalam keadaan ekonomi kita tidak menentu, saya fikir tidak wajar, kita terpaksa timbang apa yang berlaku menjejaskan ekonomi kita, produktiviti juga akan menurun, perkara ini akan kita ambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media selepas merasmikan Program Sarawakku Sayang di Dataran Pekan Lingga di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, Sarawak hanya akan mengisytiharkan cuti sekiranya keadaan adalah terdesak, hari pengundian adalah pada 19 November dan bukannya 18 November.

“Saya tak janji tapi akan  timbangkannya  secara rasional kerana saya tahu apa kesannya,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan