Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia Airlines (MAS)

Malaysia Airlines tambah frekuensi penerbangan untuk destinasi domestik menjelang PRU-15

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Nov: Malaysia Airlines menambah frekuensi atau kekerapan penerbangan sebanyak 30 peratus ke beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi melancarkan perjalanan pulang para pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Kekerapan penerbangan disediakan kepada pelanggan untuk ke destinasi domestik utama seperti Pulau Pinang dan Kota Bharu serta Sabah dan Sarawak.

Khabar baik itu didedahkan dalam satu kenyataan hari ini bahawa penambahan penerbangan terbabit melibatkan penggunaan pesawat jenis berbadan lebar iaitu pesawat jenis A330.

Difahamkan penambahan melibatkan 44 frekuensi berbanding 26 sebelum ini serta menaik taraf dari 16 kepada 24 perkhidmatan domestik menggunakan pesawat tersebut juga.

Turut dimaklumkan bahawa pelanggan syarikat berkenaan juga berpeluang menikmati diskaun 20 peratus untuk penerbangan sehala bagi pembelian tiket sebelum  19 November ini menerusi kempen “Jom Balik Mengundi”.

Kempen tersebut sah hanya bagi perjalanan bermula 11 hingga 27 November 2022.

Kenyataan juga menjelaskan diskaun 20 peratus merangkumi semua kategori tambang, termasuk Lite, Basic dan Flex untuk Kelas Ekonomi serta Basic dan Flex untuk Kelas Perniagaan.

Tempahan boleh dibuat di www.malaysiairlines.com.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. MASwings tawar promosi tambang ‘Jom balik undi’ bagi pengundi Sabah, Sarawak
  2. 2. Malaysia Airlines, Firefly tawar diskaun sempena PRU-15

Sementara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd Kapten Izham Ismail berkata menerusi kenyataan tersebut  tempahan Malaysia Airlines telah melonjak sebanyak tujuh peratus berbanding purata hariannya iaitu hampir 70,000 tempahan penumpang sejak pelancaran “Jom Balik Mengundi” pada 20 Oktober.

Kenyataan juga memberitahu syarikat penerbangan itu turut menggalakkan pelajar berumur antara 18 dan 26 tahun untuk mendaftar sebagai ahli MHexplorer bagi menikmati faedah perjalanan sepanjang tahun, termasuk diskaun sehingga 30 peratus untuk penerbangan Malaysia Airlines dan Firefly, elaun tambahan bagasi sebanyak 10kg, satu pertukaran tarikh percuma dan lain-lain faedah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan