Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Alexander memotong riben merasmikan pembukaan bangunan Pejabat SSM Negeri Sarawak disaksikan Nor Azimah dan Abdullah. Foto: TVS

Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 di Sarawak dalam proses kajian, rundingan

KUCHING, 12 Nov: Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 yang tidak dipakai di Sarawak dan Sabah kini dalam proses kajian dan rundingan bagi membolehkan usahawan di negeri ini berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, proses itu kini sedang berlangsung dan perancangan ke arah perlaksanaan itu sedang dilakukan kementerian di bawahnya dengan Kerajaan Pusat.

Beliau turut mengakui wujud kebimbangan dari sudut kuasa, perundangan dan perlaksanaannya di negeri ini namun perkara itu boleh dibincangkan secara bersama dengan dua negeri bersama Kerajaan Persekutuan.

“Saya yakin ini boleh dibincangkan supaya kuasa Sarawak dan Sabah tidak terjejas, apa yang lebih penting adalah mereka yang berdaftar di bawah akta ini mendapat banyak manfaat daripada program-program yang akan diadakan, “katanya ketika mengadakan sidang media selepas merasmikan bangunan Pejabat SSM Negeri Sarawak hari ini.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya Alexander berkata, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 penting terutama kepada usahawan di Sarawak bagi membolehkan entiti perniagaan mereka disenaraikan dalam pengkalan data SSM yang boleh diakses di seluruh dunia pada bila-bila masa.

“Maklumat entiti perniagaan dalam pengkalan SSM penting bagi peniaga untuk mengembangkan jenama perniagaan dan pengguna pula dapat memastikan kesahihan perniagaan yang dijalankan” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Menteri di Pejabat Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan