Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi berbual sesuatu dengan pemimpin masyarakat pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Kedua Tuai Rumah dan Penghulu Daerah Song. Foto: Febbright James (TVS)

Tuai rumah sebagai penghubung kerajaan dan masyarakat

ByFebbright James

KAPIT, 10 Nov: Tuai rumah berperanan menceritakan masalah penduduk kepada wakil rakyat atau jabatan kerajaan agar pelaksanaan program dan projek pembangunan berjalan lancar.

Setiausaha Agung (Gabungan Parti Sarawak) Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata wakil rakyat dan jabatan kerajaan tidak dapat memantau semua situasi dihadapi penduduk.

“Tuai rumah merupakan ejen pihak berkaitan untuk menyalurkan maklumat tentang permasalahan penduduk dan begitu sebaliknya apabila mereka berperanan menyampaikan maklumat kepada penduduk,” katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Kedua Persatuan Penghulu dan Tuai Rumah Daerah Song di sini pada Rabu.

Nanta yang juga calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Kapit berkata lagi, tuai rumah atau ketua masyarakat yang lain perlu memahami program pembangunan kerajaan agar mudah menyampaikan maklumat kepada penduduk.

“Saya sarankan agar persatuan ini (Persatuan penghulu dan Tuai Rumah Daerah Song) dapat mengadakan lebih banyak kursus berkaitan peraturan, prosedur, polisi baru untuk mereka menambahkan pengetahuan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan