Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif SMD Conductor Shariman Jamil dan Ketua Pegawai Eksekutif Melexis NV (Belgium) Marc Biron bertukar dokumen Perjanjian Rangka Kerja, disaksikan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn. Foto: Burhanuddin Kamel (TVS)

SMD Semiconductor bekerjasama dengan Melexis untuk pertingkatkan industri cip mikro

KUCHING, 10 Nov: SMD Semiconductor akan memulakan transformasinya bagi meningkatkan dan menambah baik reka bentuk serta pembekalan litar bersepadu atau cip mikro di Sarawak melalui perkongsiannya dengan Melexis NV (Melexis) yang berpangkalan di Belgium.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerjasama itu akan membuahkan hasil yang memberangsangkan memandangkan Sarawak menerima teknologi digital hijau dalam usaha membina ekonomi yang mampan, yang berkaitan dalam bidang industri semikonduktor.

“Dengan perubahan besar dalam teknologi, reka bentuk cip turut berubah berdasarkan permintaan. SMD adalah untuk menyediakan reka bentuk kepada pembuat cip Melexis dan pada masa yang sama, kami akan melibatkan diri dengan profesional untuk reka bentuk cip,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan SMD Semiconductor, yang juga dikenali sebagai Sarawak Microelectronics Design, di TEGAS Digital Village di sini pada Rabu.

Beliau berkata bakat tempatan turut dialu-alukan untuk terlibat dalam industri semikonduktor yang boleh menjana peluang pekerjaan berpendapatan tinggi selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) oleh kerajaan negeri.

SMD Semiconductor, entiti milik penuh Kerajaan Negeri Sarawak yang diperbadankan melalui Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC), bertujuan untuk menjadi pemangkin bagi menjadikan negeri ini sebagai destinasi utama untuk industri semikonduktor dan rakan reka bentuk cip strategik di Asia Pasifik.

Dalam ucapannya sebelum ini, Abang Johari mengalu-alukan rancangan Melexis bekerjasama dengan institusi teknikal dan universiti di Sarawak bagi membentuk kurikulum baharu semikonduktor untuk pengajian prasiswazah dan pascasiswazah, selain daripada pensijilan industri.

Beliau berkata inisiatif itu akan membolehkan graduan tempatan memperoleh kemahiran yang diperlukan bagi menjadi profesional dalam industri semikonduktor.

“Platform industri-akademik juga boleh mempromosikan kerjasama penyelidikan yang dipacu oleh industri dalam bidang yang berkaitan dengan industri semikonduktor,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan