Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Julaihi tengah menyaksikan pertukaran MOU antara SDEC diwakili Ketua Pegawai Operasi Sudarnoto Osman dan Pengarah Urusan People Psyence Sdn Bhd Evelyn Chue. Foto TVS.

Sebanyak 82 kawasan di seluruh negeri bakal diliputi rangkaian 5G

KUCHING, 10 Nov: Sebanyak 82 kawasan di bandar-bandar utama seluruh negeri telah dikenal pasti bakal menerima liputan rangkaian 5G bagi fasa pertama, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi.

Menurut beliau liputan yang disediakan oleh Digital Nasional Berhad (DNB) di negeri ini melibatkan kawasan di sekitar Kuching, Miri dan Bintulu.

Walaupun penyediaan perkhidmatan telekomunikasi merupakan tanggungjawab kerajaan Persekutuan, tegas Julaihi kerajaan Sarawak telah mengambil langkah proaktif menerusi penubuhan Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) bagi menyediakan liputan telekomunikasi di seluruh negeri ini.

Julaihi mengakui proses menyediakan infrastruktur tersebut mengambil sedikit masa ekoran berhadapan cabaran bentuk muka bumi di sini namun begitu ujarnya kerajaan negeri giat berusaha untuk memastikan setiap kawasan terutama kawasan pedalaman turut menerima sama ada liputan 5G atau 4G.

“Antara usaha yang dilakukan adalah dengan melengkapkan menara telekomunikasi dengan teknologi Mocan supaya capaian komunikasi boleh diperoleh oleh semua pembekal perkhidmatan telekomunikasi di Sarawak,” katanya.

Julaihi berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) diantara SDEC dengan Sarawak Energy Berhad (SEB), Centre for Technology Excellence Sarawak (CENTEXS), People Psyence Sdn Bhd dan Ecotane Sdn Bhd di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Julaihi mendedahkan tiada perancangan pihaknya untuk mengenakan bayaran bagi perkhidmatan telekomunikasi yang diberikan melalui Sarawak Rural Broadband Network (MySRB) kepada penduduk pendalaman sejak penubuhannya 2 tahun lalu.

Menurut beliau kementeriannya juga belum berhasrat untuk menswastakan agensi tersebut kerana fokus utama adalah memberikan perkhidmatan telekomunikasi ke seluruh Sarawak termasuk kawasan pedalaman.

“Saya percaya dengan usaha berterusan yang dilakukan oleh SDEC dengan mengadakan kolaborasi dan MOU bersama agensi terpilih akan memastikan kelancaran dan liputan meluas telekomunikasi ke seluruh Sarawak,” tegasnya.

Bercakap mengenai MoU yang disaksikan beliau hari ini, Julaihi berharap kolaborasi beberapa rakan strategik yang terlibat akan membantu Sarawak mencapai sasaran sebagai wilayah maju menjelang tahun 2030.

Hadir sma Pengerusi SDEC Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani, Ketua Pegawai Operasi SDEC Sudarnoto Osman, Ketua Pegawai Eksekutif CENTEX Syeed Mohd Hussien, Pengarah Urusan People Psyence Sdn Bhd Evelyn Chue dan Pengarah Urusan Ecotane Sdn Bhd Datuk Bolhassan Di. – TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan