Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Deligasi Kesatuan Eropah serta Daniel Hachez (tengah) dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni ketika kunjungan hormat.

Rundingan Sarawak dengan Kesatuan Eropah untuk percepat peralihan tenaga negara serantau

KUCHING, 11 Nov: Kesatuan Eropah mengadakan rundingan untuk bekerjasama dengan kerajaan Sarawak bagi membangunkan tenaga mampan serta mewujudkan inisiatif penyelesaian berasaskan alam semula jadi.

Menurut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni, jalinan terbentuk susulan Sarawak dilihat boleh memainkan peranan penting dalam mempercepat peralihan tenaga negara serantau.

“Kesatuan Eropah melihat Malaysia sebagai teras dalam strategi Indo-China dan berharap dapat bekerjasama dengan Sarawak,” katanya menerusi satu kenyataan selepas menerima kunjungan hormat daripada deligasi Kesatuan Eropah (EU) dan Bank Pelaburan Eropah (EIB) pada Khamis.

Dr Hazland memberitahu kerjasama berkenaan bertepatan dengan wawasan 2030 kerajaan Sarawak untuk menjadi negeri maju,” ujarnya.

Sebelum ini, kata beliau Sarawak telah menyelaras Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 bagi mengembangkan pelan tindakan ekonomi strategik di bawah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan